Pasca Covid-19: Kerajaan Gesa Rakyat Malaysia Tidak Memilih Kerja

Demi meneruskan kelangsungan hidup dan mempergiatkan aktiviti ekonomi negara, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja, selain diminta merebut peluang pekerjaan yang ada.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata pelbagai inisiatif digerakkan kementeriannya untuk memastikan golongan yang kehilangan kerja untuk kembali bekerja dengan mengadakan kerjasama bersama pihak industri dan syarikat perniagaan.

“Pihak industri dan syarikat di negara ini bersetuju untuk mengambil pekerja tempatan dengan syarat mereka boleh bekerja dan memberi komitmen dan ia dilihat mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini,” katanya kepada pemberita.

Saravanan dalam pada itu memaklumkan kementeriannya juga pada masa ini sedang mengkaji permintaan serta keperluan pekerja asing bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dan pada masa sama keperluan tenaga kerja pemain industri negara ini dapat dipenuhi.

BBerkaitan

Latest articles