Pasangan Warga Emas Usia 81, 69 Tahun Kantoi Bersekedudukan, Rumah Diserbu Waktu Malam

ALOR GAJAH: Tindakan sepasang warga emas bersekedudukan tanpa ikatan sah di sebuah rumah di Lubok China, Melaka, mengundang serbuan penduduk kampung malam tadi.

Serbuan dilakukan sekitar 10 malam hasil maklumat orang awam, melibatkan Imam 1, Ketua Kampung Sidang, seorang pegawai polis Balai Lubok China serta beberapa penduduk setempat.

Ketika diserbu, lelaki berusia 81 tahun dan wanita berusia 69 tahun itu didapati tinggal bersama tanpa sebarang hubungan sah.

Difahamkan, pasangan berkenaan kemudian dibawa ke pihak berkuasa agama negeri bagi siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang syariah yang berkaitan.

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa agama Melaka.

BBerkaitan

Latest articles