Pasangan Suami Isteri Viral Dapat Hariah Istimewa Dari PM

Selepas viral di media sosial dengan hasil masakan mereka, pasangan suami isteri S Pavithra, 28 dan suami, M Sugu, 29 terkejut kerana menerima hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara.

“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.

“Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada ‘parcel’ sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Ujar Pavithra, hadiah yang diterima berupa tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah.

“PM juga ada memberi kad ucapan dengan tulisan ‘keep up the good work and stay at home’ (teruskan usaha baik dan duduk di rumah).

“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya.

Sebelum ini pasangan suami isteri tersebut menjadi popular selepas laman Youtube mereka yang memaparkan video masakan meraih lebih 400,000 pengikut itu sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.

Latest articles

Related articles

spot_img