Pasangan Suami Isteri Diberkas Disyaki Tipu Isteri Along Cham

KUALA LUMPUR: Polis menahan pasangan suami isteri disyaki terbabit kes penipuan bernilai RM95,180, berkaitan laporan dibuat isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya melakukan tangkapan ke atas suami isteri berusia lingkungan 20-an di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, malam tadi.

“Susulan tangkapan itu, polis telah memohon reman ke atas mereka di Mahkamah Kajang.

“Reman ke atas mereka dikenakan bermula hari ini yang mana wanita terbabit dikenakan empat hari manakala suaminya direman tiga hari,” katanya hari ini.

Tambah Hussein, sehingga kini tiga individu telah dirakam keterangan termasuk isteri kepada Along Cham bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu Afreen mema membuat laporan berhubung kes penipuan dana berjumlah hampir RM100,000.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan telah dibuat wanita terbabit di daerah Kajang, Selangor.

BBerkaitan

Latest articles