PAS, UMNO Kelantan Bincang Kerjasama MN, PRU15

PASIR MAS: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu akan mengadakan perbincangan bersama UMNO Kelantan pada 22 Januari, berkenaan isu kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

Malah pertemuan itu turut akan menyentuh hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“PAS Kelantan telah menetapkan tarikh 22 Jan tahun hadapan (untuk bertemu UMNO), tetapi UMNO Kelantan belum memberi jawapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 152 Ketua Isi Rumah (KIR), semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah mengutus surat kepada PAS Negeri untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju MN di negeri ini, khususnya menjelang PRU15.

BBerkaitan

Latest articles