PAS, Umno Dan Bersatu Tak Boleh Berpisah – Hadi Awang

Susulan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN), PAS, menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa partinya tidak boleh ‘berpisah’ dengan Umno dan Bersatu.

Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan BERSATU.

Gepostet von Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang am Montag, 3. August 2020

“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita (PAS) tak boleh berpisah dengan Umno, tak boleh berpisah dengan Bersatu,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu turut memuatnaik sekeping gambar yang memperlihatkan pertemuan antara dirinya, Zahid dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beberapa hari lalu, Zahid memaklumkan bahawa Umno tidak akan menyertai gabungan PN namun akan terus menyokong kerajaan yang diterajui Muhyiddin.

Sebaliknya, Umno akan memperkasakan kerjasama politiknya bersama PAS yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN).

Respon Zahid itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu mendapati bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, bersalah dalam kes salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan SRC International.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,803FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini