PAS Tetapkan Pemilihan Selepas PRU15

PAS mahu seluruh jenteranya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekaligus akan menangguhkan pemilihan partinya terlebih dahulu, demikian menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

“PAS memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU15, tak kiralah bila. Setakat ini, keputusan kita pun tak tahu bila PRU.

“Jangkaan PRU apabila darurat ditamatkan, mengambil kira jangkaan muktamar selepas PRU15,” katanya.

PAS sebelum ini mengadakan pemilihan parti pada Jun 2019 ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang berlangsung di Kuantan, Pahang.

Pemilihan itu turut mengekalkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan jawatan masing-masing tanpa bertanding.

BBerkaitan

Latest articles