PAS Pertahan Parlimen Kemaman, Tambah Undi Majoriti

KUALA LUMPUR: PAS mempertahankan penguasaannya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada malam ini, apabila Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendapat 64,998 undi.

Bahkan undi majoriti yang diperolehi PAS meningkat kepada 37,220 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 27,778 undi.

Jumlah majoriti itu adalah daripada 249 peti undi yang dikira daripada 244 saluran.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) selepas memenangi 27,179 undi majoriti.

BBerkaitan

Latest articles