PAS Perlu Sedar Mereka Sedang Diperalat Oleh BERSATU – Ismail Sabri

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas perlu belajar daripada kesilapan lalu.

Beliau mengingatkan PAS akan peristiwa yang berlaku kepada mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“PAS sepatutnya belajar dengan apa yang jadi kepada mereka di Johor dan Melaka, mereka tak menang satu kerusi pun walaupun sebelum ini kerusi itu milik mereka lebih dominan.

“Walaupun pelbagai janji ditabur seperti dalam PRN Melaka, tapi PN tetap ditolak dan Pas menjadi mangsa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru di Kuala Bera, di sini, hari ini.

Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, Bersatu hanya memperalatkan Pas dari segi jentera dan sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, hal ini terjadi kerana ahli PAS lebih ramai berbanding ahli Bersatu di seluruh negara.

“Bersatu mempergunakan PAS tetapi ia tentunya menguntungkan Bersatu. Sebab kita tahu dalam Perikatan Nasional (PN) Bersatu lebih dominan.

Tambah Ismail Sabri, bahkan dalam PRU15 mungkin PAS mengharapkan Bersatu dapat membawa kemenangan kepada mereka, tetapi hikakatnya mungkin mengakibatkan PAS kecundang.

Justeru itu, beliau berkata, penyokong Pas perlu sedar strategi licik Bersatu dan menyeru undi diberikan kepada BN jika tiada calon parti itu dipilih di kawasan ditandingi PN.

“PAS diperalatakan oleh Bersatu. Saya seru ahli PAS bagi lah undi kepada BN,” kata Ismail Sabri.

BBerkaitan

Latest articles