PAS Nafi ‘Selam Dua Kolam’

PAS mengambil pendirian untuk fokus kepada penyatuan ummah dan bukan semata-mata berpegang kepada penyatuan parti politik bagi menjamin kestabilan negara.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya turut menafikan dakwaan pihaknya ‘main dua kolam’ apabila menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dan dalam masa yang sama berada dalam Perikatan Nasional  (PN).

Beliau turut mengingatkan supaya orang Melayu tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum ke-14  dan mengutamakan kepentingan orang Islam terlebih dahulu sebelum kepentingan parti.

Tarmizi berharap PAS, BERSATU dan UMNO terus bersama-sama berpegang pada prinsip penyatuan ummah bagi mengelak parti-parti Melayu menjadi lemah.

“Jangan semata-semata kita melihat kepada kekuatan parti kita sendiri yang akhirnya tidak memberi kemenangan kepada bangsa Melayu.

“Jadi kita kena melihat kepentingan Islam dan ummah Melayu dulu, sebelum memikirkan kepentingan parti.

“Kalau PAS hanya mementingkan parti, PAS berpakat dengan parti yang menang sahaja tetapi apa yang berlaku pada hari ini, kita berpakat dengan UMNO selepas mereka kalah, maknanya kita berpakat bukan kerana kuasa.

“Perkara sama juga dengan BERSATU. Jadi, sebab itu kita ajak semua pemimpin parti Melayu bersama untuk masa depan ummah serta dapat membentuk kerajaan yang solid dengan majoriti besar,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Panching.

Sehubungan itu PAS mengajak UMNO dan BERSATU duduk satu meja dan berbincang agar PRU15 tiada lagi bertelagah berterusan sekaligus akan merugikan parti Melayu.

“Bukan pentingkan BERSATU, bukan pentingkan UMNO yang penting kuasa solid itu Islam dan tidak cenderung mana-mana bukan Islam yang ekstrem.

“Jangan ulang kesilapan lalu, kita masing-masing kena terbuka menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada parti  lawan.”

Latest articles

Related articles

spot_img