PAS Masih Harap Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR: Usaha penyatuan ummah boleh dicapai meskipun PAS melahirkan rasa kecewa apabila Parlimen dibubarkan pada hari ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam masa yang sama menggesa seluruh rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini.

“PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh empat tahun lima bulan sahaja dalam penggal Parlimen ke-14.

“Bagaimanapun, PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU15.

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

BBerkaitan

Latest articles