KUALA LUMPUR: Tak perlu asyik mendesak UMNO untuk terus menerima BERSATU, demikian peringatan parti itu terhadap pimpinan PAS.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menggesa Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari untuk belajar menghormati UMNO yang mempunyai pendirian tegas berhubung BERSATU.
Apatah lagi, keputusan UMNO menolak BERSATU adalah pendirian parti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2020.
”Namun susah hati benar Ketua Pemuda PAS ni. Sampai minta UMNO belajar menerima BERSATU.
”Sekarang ni kita nak bagi tau dia belajarlah hormati UMNO. Itu sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Semalam, Ahmad Fadhli berkata, UMNO perlu belajar menerima BERSATU dan begitu juga sebaliknya bagi memastikan muafakat ummah berjaya.
Katanya, UMNO tidak sepatutnya menggunakan alasan BERSATU pernah berada dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang menyertai Muafakat Nasional (MN).