PAS Hormati Bersatu Calonkan Muhyiddin, Fokus Menang PRU Dulu

ALOR SETAR: PAS tidak mempertikai keputusan Bersatu yang menamakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dimuktamadkan secara bersama dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

“Dalam PN, apa-apa keputusan penting termasuk soal dasar akan dibawa ke meja perbincangan bersama. Kita hormati hak parti masing-masing untuk mengemukakan cadangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-66 di Kompleks Pas Kedah, hari ini.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu meluluskan usul menamakan Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak mahu terlalu awal menamakan calon Perdana Menteri, sebaliknya lebih menumpukan usaha memenangi pilihan raya.

“Dalam PAS, ramai tokoh berwibawa boleh diketengahkan, tetapi keutamaan kita adalah memastikan kemenangan dalam pilihan raya. Gerak kerja perlu diperkukuh berbanding sibuk dengan calon Perdana Menteri,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles