PAS Hari Ini Ditolak Rakyat, Tak Lagi Perjuang Islam Sebenar

JOHOR BAHRU: UMNO menegaskan rakyat Johor menolak PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana sikapnya yang jumud dan menunggang agama.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menegaskan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu juga ‘jauh’ dengan sikap Islam yang syumul.

Ujarnya, bagi rakyat Johor adalah Islam yang memacu kemajuan dan agama yang mengajak warga Johor berlumba-lumba melakukan amal soleh.

Malah bukan lagi politik Islam dengan masjid imam dua imam, fatwa kafir mengkafir and segala kejatuhan talak jika tidak menyokong PAS.

”Yang pasti Johor bukan negeri paling ramai orang miskin di Malaysia seperti Kelantan. ‘Yang nyata, pembangunan Johor dipacu pelaburan asing, perdagangan, ekonomi rentas sempadan dan pelbagai nilai yang progresif.

”Bukan negeri tanpa bekalan air bersih, rakyat berhijrah keluar kerana tiada pekerjaan dan kerajaan diurus dengan wang ehsan. Dan bila dapat sahaja wang ehsan, keutamaan politik Islam PAS ialah “Mercedes” untuk Exco,” sindirnya.

Malah Khaled menambah orang Melayu akan terus mundur jika politik Islam PAS jadi pilihan kerana parti itu bukan lagi menghidupkan Islam, namun kini ‘seronok’ mencari kehidupan, kemewahan dan jawatan dengan Islam.

BBerkaitan

Latest articles