PAS Gesa Tubuh JK Khas Siasat Salah Guna Kuasa, Pembaziran

Satu Jawatankuasa Siasatan Khas perlu ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat isu salah guna kuasa, pembarisan, kecuaian dan kegagalan tanpa alasan munasabah.

PAS, menerusi Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata demikian mengulas beberapa perkara yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang mendapati wujudnya masalah dalam pentadbiran kerajaan.

Jawatankuasa itu ujarnya, diharap dapat memastikan kemahiran, pemantauan, penyeliaan dan penguatkuasaan berterusan diperkasakan.

“Selain hal aset, perakaunan akuan dan pelaksanan perancangan, teguran LKAN mengenai kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara menuntut perhatian serius dan tindakan komprehensif dilaksanakan.

“Antara isu berkaitan adalah kelemahan dan kegagalan ketara Sistem MyIMMs.

“Dalam hanya tiga tahun telah berlaku 4,489 kali gangguan sistem milik Jabatan Imigresen Malaysia menyebabkan 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Kamaruzaman menambah masalah ‘downtime’ yang disifatkan sebagai teknikal pengoperasi, namun ia akan memberi kesan kepada integriti data dan rekod termasuk keselamatan negara.

Memberi contoh Sistem MyIMMs yang dilihat gagal dari segi integrasinya, beliau berkata ia boleh membuka ruang berleluasanya pencerobohan dan kecurangan di pihak penguat kuasa.

“Ini telahpun dibuktikan bukan sahaja dari LKAN yang dibentangkan itu, bahkan dari beberapa pendedahan dan kenyataan oleh polis minggu lalu.

“Oleh itu, Pas berharap isu ini diberi perhatian untuk dibentuk tindakan keutamaan oleh kerajaan agar segala kemungkinan buruk, termasuk persepsi, kebimbangan dan ketidakyakinan awam dihentikan secepatnya.

“Kita yakin dan percaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) memiliki iltizam politik yang kuat untuk mengatasi dan menambahbaik perkara ini.”

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini