PAS Gesa Pendirian Umno Dalam Dakwaan Sokong Anwar

Umno akan dianggap melanggar persefahaman yang dipersetujui dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) sekiranya ada di kalangan ahli parlimen parti itu terlibat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha pembentukan kerajaan yang baru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menuntut Umno memberikan penjelasan sepenuhnya berhubung dakwaan itu.

“Ia boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbina di atas permuafakatan BN, Bersatu, PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan beberapa parti lain di atas kejatuhan kerajaan PH (Pakatan Harapan).

“Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Umno atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak Umno untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Takiyuddin juga mengingatkan pemimpin Umno untuk patuh dengan piagam yang dipersetujui bersama pada 14 September 2019.

“… Piagam Muafakat Nasional dizahirkan dengan berteraskan matlamat untuk menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekaligus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah,” katanya lagi.

Reaksi tersebut muncul selepas Anwar mendakwa dirinya memperolehi sokongan majoriti daripada ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti untuk membolehkan dirinya membentuk kerajaan baru dan menjadi perdana menteri.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini