PAS Dakwa Ada Lagi Ahli UMNO Nak Keluar Parti

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan ahli UMNO Ketereh yang keluar parti dua hari lalu, akan disusuli dengan tindakan yang sama oleh ahli-ahli Bahagian Jeli dan Gua Musang.

Itu dakwaan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Ustaz Nik Zawawi Salleh ketika Ceramah Kelompok Jelajah Selangor Baharu di Flat PKNS, Seksyen 7, malam tadi.

Kononnya ahli-ahli UMNO yang didakwa itu kecewa, lantas akan menyertai PAS dan BERSATU.

Nik Zawawi berkata perkembangan itu akan diumumkan pemimpin BERSATU Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Gua Musang sebelum ini adalah kawasan yang tidak pernah dimenangi oleh parti pembangkang daripada dulu sampai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetap menjadi milik UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Kali pertama Tengku Razaleigh Hamzah gagal tewas di Parlimen itu dan menyebabkan di Kelantan tiada lagi Parlimen dikuasa parti itu. Di sana gerakan mengumpul seramai mungkin ahli baru untuk menyertai PN sama ada masuk PAS atau BERSATU dijangkakan berlaku begitu ramai,” katanya

Nik Zawawi juga mendakwa PAS dan BERSATU kini berjuang hanya demi rakyat supaya kepentingan negara terpelihara.

Dalam pada itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu turut membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sering kali melaungkan perjuangan kerajaan di bawah pimpinannya untuk memasmi kemiskinan tegar.

Namun beliau mendakwa setelah lapan bulan berlalu sehingga kini tiada hasil untuk membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan, khususnya di Kota Anggerik.

“Ketika pembentangan Bajet 2023 dia kata dia akan pastikan akan noktahkan kemiskinan tahun ini juga.

“Kita sudah masuk Ogos baki empat bulan lagi untuk 2024, ucapan belanjawan sudah hampir lapan bulan tetapi di DUN Kota Anggerik apa tindakan kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan, saudara nampak tak? Nak cakap senang, nak buat yang susah,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles