Pas Belum Bincang Calon Bendahari Agung PN, Serah Pada Presiden

KUALA LUMPUR: PAS belum membincangkan mengenai pelantikan jawatan Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang melepaskan jawatan itu bulan lalu.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata kebiasaannya urusan itu diserahkan kepada Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan.

“Biasanya kita rujuk kepada beliau (presiden). Setakat ini parti belum bincangkan lagi, presiden yang akan kemukakan nama,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau turut yakin presiden dapat membuat pilihan tepat dalam soal pemilihan pengganti itu.

Katanya, PAS berharap pengganti dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

Samsuri melepaskan jawatan bendahari agung PN pada 11 Dis lalu.

 

BBerkaitan

Latest articles