PAS Bawa RUU 355 Ke Parlimen Selepas Tamat Darurat

PAS mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-Undang (RUU) 355 ke Dewan Rakyat selepas kerajaan melaksanakan darurat demi membendung pandemik COVID-19.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa yang sama memaklumkan parti kekal dengan perjuangan RUU 355 meskipun ia kini menyertai Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, RUU 355 merupakan kerjasama antara UMNO dan PAS ketika UMNO menjadi kerajaan sebelum ini.

“Undang-undang ini memerlukan majoriti mudah (untuk diluluskan di Parlimen). Ia memerlukan kelebihan sekurang-kurangnya satu undi.

“Malangnya dalam UMNO tak cukup, tak semua sokong. Bila tak cukup maka kita sekadar dapat kemukakan bacaan kali yang kedua sahaja. Tak diundi lagi, kerana kalau nak diundi kena bawa usul sekali lagi,” katanya pada Program bual bicara bertajuk “Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita” anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang dibuat ssecara dalam talian, semalam.

Abdul Hadi berkata, UMNO bersetuju dengan RUU tersebut namun ia tersekat apabila tiba di peringkat pengundian ekoran tidak cukup undi untuk membolehkannya diluluskan.

“Jadi sekarang ini bagi kita, ia perlu ditangguhkan, kita tumpu kepada darurat dahulu kerana ini sangat penting kepada kita.

“Sebab dalam undang-undang Islam benda penting boleh ditangguhkan dahulu kerana darurat,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles