Parti Wawasan Negara Lantik Ketua Bahagian Penaja Di Perlis, Lengkapkan Struktur Negeri

​KANGAR: Parti Wawasan Negara menyempurnakan pembentukan struktur organisasinya di Perlis menerusi pelantikan tiga ketua bahagian penaja baharu bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

​Setiausaha Nasional Parti Wawasan Negara Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata pelantikan itu melibatkan Senator Azahar Hasan sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Kangar, Mohamad Shaiful Sazali bagi Bahagian Arau dan saudara Noor Hairi Noor Mohamed bagi Bahagian Padang Besar.

​Beliau berkata menerusi pelantikan berkenaan, kepimpinan parti kini bergerak pantas dalam memperluaskan keanggotaan, memperkukuh akar umbi serta membina jentera yang mantap di seluruh negeri.

​”Pelantikan ini diyakini menyuntik tenaga baharu kepada perjuangan Parti Wawasan Negara di Perlis, khususnya dalam memperkukuh akar umbi.

​”Ia juga menjadi asas penting dalam membina sebuah organisasi yang tersusun, berfungsi dan bersedia menghadapi sebarang cabaran politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Saifuddin menegaskan kelengkapan struktur bahagian tersebut menandakan kesediaan penuh jentera parti untuk berkhidmat dan menggerakkan agenda politik mereka di peringkat negeri.

BBerkaitan

Latest articles