Parti Warisan Sabah Akan Bertanding Di Semenanjung?

Parti Warisan di Sabah dikhabarkan mungkin akan bertanding di Semenanjung pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong berkata parti itu boleh bertanding di Semenanjung kerana parti itu telah mengesahkan cadangan untuk melebarkan sayap menyeberangi Laut China Selatan dalam mesyuarat agung tahunannya pada tahun lepas.

Tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan akan bertanding, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu juga mendakwa, ada wakil rakyat dari Semenanjung telah menyatakan niat mereka untuk menyertai Warisan.

Kata beliau, masih belum ada tarikh rasmi ditetapkan berkenaan langkah ini, tetapi niat mereka jelas.

“Kenapa tidak (bertanding di Semenanjung) jika ada kesempatan? Hakikatnya adalah kami ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya, bukan hanya di Sabah tetapi juga di negeri-negeri di Semenanjung,” katanya menurut portal media tempatan.

BBerkaitan

Latest articles