Parti Rakan Dalam PH Dilarang Terima Ahli Lompat

Rentetan beberapa wakil rakyat AMANAH bertindak keluar parti dan menyertai PKR, satu ketetapan baru dibuat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk mengelakkan masalah yang sama berulang kembali.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklukan PH sudah membuat ketetapan mana-mana parti gabungannya tidak boleh menerima ahli parti gabungan yang lain.

Naib Presiden Majlis Presiden PH itu juga memaklumkan PH turut memutuskan kerusi yang dimenangi wakil rakyat PH yang melompat ke parti lain dalam PH akan kekal ditandingi oleh parti asal.

“Dalam mesyuarat majlis presiden terbaru, satu keputusan penting dibuat, pada prinsipnya PH tak boleh terima ahli parti kawan untuk masuk ke dalam parti kawan yang lain.

“Itu untuk memelihara keharmonian dan persahabatan dalam PH,” katanya.

Minggu lalu AMANAH melahirkan kekesalannya dengan PKR setelah menerima keahlian tiga wakil rakyatnya dari Johor.

Mereka ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Bukan itu sahaja, dua wakil rakyat AMANAH di Selangor, iaitu Adun MERU, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman turut memilih PKR dan mendakwa tindakan itu dilakukan kerana keliru dengan hala tuju dan sokongan parti terhadap calon Perdana Menteri.

Sementara itu, Salahuddin berharap AMANAH dapat bertanding lebih banyak kerusi parlimen dan DUN pada PRU15.

“Dalam PRU14 kita tanding 27 kerusi demikian juga DUN, kita akan pastikan bertambah, bukan sekadar tambah, kita akan pastikan kerusi ditandingi boleh menang.

“Kalau parlimen kita menang sebelas (kerusi) pada PRU14, akan datang kita sasar menang lebih daripada itu.

“Inilah antara pendekatan penting untuk pastikan AMANAH dapat posisikan kedudukan kita bersama rakan lain dalam PH,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles