Parti-Parti Kena Sepakat, Muafakat

KUALA LUMPUR: Parti-parti berteraskan kaum Melayu perlu menunjukkan semangat permuafakatan dan contoh yang baik dalam berpolitik, demikian menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya merasakan kalau ada permuafakatan parti besar terutamanya parti Melayu, kita kena tunjuk contoh kepada orang lain kita kaum bumiputera dan kaum penduduk asal.

“Sesetengah orang kata kita golongan ‘tuan’ tapi bukan soal kita ‘tuan’ tapi kelompok teras kalau orang Melayu berpolitik secara sihat orang akan menghormati.

“Saya fikir tidak payah tunjuk perpecahan dan usaha untuk muafakat itu adalah lebih baik,” kata Annuar.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengingatkan tindakan saling berbalah sesama parti-parti Melayu dan membuat tuduhan palsu oleh sesetengah pihak itu tidak memggambarkan kesepaduan antara Melayu dalam arena politik negara.

Malah katanya, masyarakat khususnya orang Melayu perlu mengambil ikhtibar perpecahan sesama Melayu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Ada pihak yang menyatakan saya pro BERSATU dan saya mengaku saya pro parti Melayu supaya tolong menolong antara satu sama lain, kalau saya kata pro BERSATU bukan maknanya saya nak masuk BERSATU.

“Ini supaya UMNO tolong BERSATU, Bersatu tolong UMNO. Begitu juga PAS, UMNO tolong PAS, PAS tolong UMNO. Baru jadi permuafakatan, itu mungkin pandangan peribadi saya yang mana setengah orang tidak suka,” akuinya.

Untuk rekod pada awal Januari, Annuar dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid di Ibu Pejabat UMNO.

Jawatan itu kemudiannya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

BBerkaitan

Latest articles