Parti Mana Dalam Kerajaan Tak Setuju Dengan RUU Anti Lompat Parti?

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mempersoalkan parti mana di dalam kerajaan hari ini yang tidak bersetuju dengan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen.

Ini berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan RUU berkenaan yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

UMNO, menurut Ahli Parlimen Pontian itu bersetuju dengan perbentangan RUU berkenaan seperti mana yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) bulan lalu.

“Parti mana yg tak setuju? #UMNO #BN sokong anti lompat parti. Dlm #PAU2021 sebut kami sokong

“Bukankah pindaan Perlembagaan lagi kuat dibanding hanya Akta?” soal Ahmad.

Sehubungan itu Ahmad turut membayangkan akan ada kesan terhadap memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang selepas penangguhan RUU Anti Lompat Parti.

“Apa guna MoU jika tidak sepakat utk perkara sepenting Anti Lompat Parti?

“Ke laut lah MOU itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles