Parti Baru Tun M Dinamakan Parti Pejuang Tanahair

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti barunya sebagai Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Parti Baru Tun M ‘Lebih Kurang’ Bersatu

Jumaat lalu Dr Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti baru bersama beberapa bekas ahli Bersatu yang telah dipecat selepas memilih untuk duduk di blok pembangkang pada Sidang Dewan Rakyat, Mei lalu.

Menjelaskan penubuhan parti baru itu, bekas pengerusi Bersatu itu berkata terpaksa berbuat demikian kerana bekas partinya telah ‘dirampas’ hingga dirinya dan pengasas yang lain terpaksa mencari jalan lain apatah lagi untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dr Mahathir juga mendakwa beliau pada awalnya tidak berminat untuk menubuhkan sebuah parti lagi selepas Bersatu.

“Saya dan beberapa pengasas lain Bersatu dikeluarkan dari parti dan kami sudah tidak ada parti tapi dalam PRU (Pilihan Raya Umum), kita perlu parti untuk berjuang bukan untuk pecah belah orang Melayu tapi hendak beri peluang kepada kaum itu bukan untuk parti apa yang dapat.

“Kita tubuhkan parti ini (Pejuang) kerana ingin membersihkan negara,” katanya.

Malah beliau juga mengajak mana-mana bekas ahli Bersatu yang hendak berjuang dalam politik untuk menyertai Pejuang sambil berkata “Pejuang tidak tawar bayaran jadi ahli. Siapa nak masuk, masuklah ahli jadi. Cuma kami tiada ada wang nak tabur.”

Sehingga kini ramai ahli dan pemimpin Bersatu di peringkat bahagian mula mengumumkan keluar parti, susulan penubuhan parti baru Dr Mahathir.

Pejuang kini dikendalikan oleh Dr Mahathir sebagai pengerusi sementara, manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Presiden sementara.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini