Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan terima kasih terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyifatkan parti baru yang bakal ditubuhkan itu sebagai tidak berjaya.
Agak Sukar Parti Syed Saddiq Untuk Berjaya, Dakwa Tun M
Terima kasih Tun.
Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka.
This is a party led by Youths FOR ALL MALAYSIANS.
Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, Petani moden, civil society leaders dll
We may be Young, but we love Malaysia ???? https://t.co/YnDljlVAtU
— Syed Saddiq ??? (@SyedSaddiq) September 3, 2020
“Terima kasih Tun. Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka.
“Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, petani moden, civil society leaders dan lain-lain,” demikian ciapannya di Twitter.
Syed Saddiq merupakan satu-satunya bekas ahli Bersatu yang dipecat keahliannya yang tidak mengikut haluan lima yang lain untuk menyertai Pejuang.
Bekas ketua Armada Bersatu itu bercadang menubuhkan parti yang menyasarkan generasi muda.
Dr Mahathir, menerusi sidang medianya hari ini menyifatkan idea Syed Saddiq itu sebagai tidak berjaya, malah tidak sesuai kerana dimana-mana kawasan pastinya mempunyai golongan tua dan muda.