Parlimen Lulus RUU Majlis Media Malaysia 2024, Inisiatif Perkasa Industri Media

KUALA LUMPUR: Sejarah industri media Malaysia tercipta dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024, yang mendapat sokongan majoriti daripada blok kerajaan dan pembangkang selepas ia dibahas oleh 18 ahli Parlimen hari ini.

Dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu, dengan bacaan kali kedua pada hari ini, RUU berkenaan mengandungi 23 Fasal.

Antara objektifnya industri media untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus serta menjaga kepentingan media di Malaysia.

Untuk makluman, cadangan penubuhan bagi mentadbir urus industri media di Malaysia dicetuskan sejak 1973 lagi oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

BBerkaitan

Latest articles