PARALIMPIK: Yee Khie Berjaya Raih perak

KUALA LUMPUR: Pingat emas diraih Bonnie Bunyau Gustin menyuntik semangat rakan sepasukan, Jong Yee Khie untuk turut melakukan angkatan terbaik di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Yee Khie, 32, yang beraksi dalam kelas 107 kilogram (kg) menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara dengan angkatan terbaik 237 kg di Tokyo International Forum.
Atlet dari Sarawak itu gagal melakukan angkatan 230 kg pada percubaan pertama sebelum berjaya melakukan 237 kg pada percubaan kedua.

Dia kemudiannya cuba melakukan angkatan 245 kg pada percubaan ketiga namun tidak berhasil.

Pingat emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245 kg yang juga rekod baharu temasya manakala Saman Razi (Iran) meraih gangsa, 231 kg.
Enkhbayar yang juga pemegang rekod dunia, memperbaiki rekod temasya 238 kg yang dilakukannya atlet Greece, Pavlos Mamalos di Paralimpik Rio 2016 dengan catatan baharu 241 kg sebelum melakukan 245 kg di Tokyo.

 

Berita Berkaitan

Komen

Terkini