PAP Menang 83 Daripada 93 Kerusi Parlimen Di Singapura

Pilihan Raya Umum Singapura yang berlangsung semalam menyaksikan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal mempertahankan kuasa dengan memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAP, Lee Hsien Loong yang juga perdana menteri sementara menyifatkan kemenangan partinya sebagai isyarat jelas terhadap sokongan rakyat.

PAP memperolehi sebanyak 61.24 peratus undi popular.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2015, yang menyaksikan semua kerusi dipertanding buat pertama kali selepas kemerdekaan pada 1965, PAP menyapu bersih 83 daripada 89 kerusi, memenangi 69.9 peratus undi popular.

Pilihan Raya Umum ke-18 Singapura itu dan ke-13 sejak kemerdekaan diadakan dalam kebiasaan baharu dengan sekatan dan peraturan jarak selamat di tengah-tengah wabak COVID-19 yang melanda republik itu.

Dalam sidang media secara dalam talian yang diadakan pada awal pagi ini, Lee berkata: “Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil pilihan raya kali ini.

“Kami (PAP) memperoleh mandat yang jelas. Undi popular sebanyak 61 peratus. Kami memperoleh 83 kerusi daripada 93 kerusi yang dipertandingkan.

“Keputusan ini mencerminkan sokongan luas bagi PAP. Rakyat Singapura faham apa yang dipertaruhkan dan mengapa kita harus bersatu padu demi kepentingan Singapura.” katanya.

Sementara itu Parti Pekerja berjaya mempertahankan enam kerusi di kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) Aljunied lima anggota dan kawasan pilihan raya perwakilan tunggal (SMC) Hougang serta menang kerusi baharu di GRC Sengkang empat anggota.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) memaklumkan seramai 2,535,565 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka, termasuk 45,772 undi rosak.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini