‘Pantau Kedai’ – Respon Pemilik Restoran Nasi Kandar Yang Bergelang Pink Sebelum Ditahan Polis

Selepas tular seorang wanita ingkar arahan kuarantin di rumah menjamu selera di sebuah restoran, terbaru satu lagi gambar yang sedang tular di media sosial membabitkan seorang lelaki yang baru pulang dari India dan dilihat berada di sebuah premis makanan.

Lelaki itu yang dilihat memakai gelang pink Covid-19 dipercayai sebagai pengusaha restoran nasi kandar di pekan Napoh, Jitra, pulang dari negara berkenaan pada 13 Julai lalu dan diwajikan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim memaklumkan lelaki berkenaan telah ditahan polis pada pagi tadi.

Hasil keputusan ujian saringan Covid-19 yang pertama mendapati lelaki terbabit negatif wabak itu dan perlu melakukan saringan kedua pada minggu depan.

“Pihak polis yang menerima laporan daripada penduduk sekitar berjaya menahannya di kedai itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Ketika disoal lelaki terbabit mendakwa dia berada di situ untuk memantau perniagaannya pada hari ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Lelaki berkenaan dikompaun RM1,000 dan diarahkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini