(Pandangan) Dr Akmal, Calon Terbaik Buat Rakyat Merlimau

Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan ramai muka baru bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pda bulan ini, dipuji ramai pihak.

Apatah lagi mereka menyifatkan pilihan raya ini adalah cerminan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Satu hantaran di Facebook oleh seorang doktor berkenaan calon PRN Melaka, yang juga seorang doktor, iaitu Dr Akmal Saleh mungkin boleh dijadikan satu sandaran kepada pengundi di Melaka, terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Tulis Dr Aizuddin, calon DUN Melaka ini lengkap pakejnya sebagai seorang wakil rakyat. Wah! Beruntunglah orang-orang Merlimau jika dapat Dr Akmal nanti.

“Bukan nak puji beliau tapi hakikatnya Dr Akmal ni memang orangnya sangat baik, berbudi bahasa, suka menolong orang tanpa kira agama, bangsa, parti politik dan juga warna kulit (mcm dr aizuddin yang hitam manis ni).. hahaha..

“Daripada pengalaman bekerja dengan beliau di hospital ampang sebagai doktor pelatih lagi doktor tengok dia memang special. Dia tak pernah tolak kalau kita minta tolong, macam mana penat pun dia. Kalau terserempak mesti senyum, tanya kabar. Bukan sebagai ahli politik sahaja dia membantu tapi dalam semua keadaan dia akan bantu.

Pengalaman waktu bertugas di wad kanak-kanak kalau tengah-tengah malam tak dapat masuk jarum atau ambil darah baby memang akan panggil dia sebab dia confirm tak kan tolak permintaan kita pastu dia memang cekap ambil darah semua.. Alhamdulillah.

“Dia antara doktor pelatih yang famous sebab dia memang pandai, cekap bekerja, baik dengan doktor-doktor, jururawat dan pesakit-pesakit,” katanya.

Menurut Dr Aizuddin, sifat ringan tulang dan baik hati Dr Akmal ini menyebabkan ramai orang amat senang dengan dirinya.

Apabila mengetahui Dr Akmal dicalonkan untuk PRN Melaka, beliau menyifatkan ini sebagai satu khabar gembira.

“Orang-orang Merlinau undilah Dr Akmal Saleh. Insyaallah dia adalah calon terbaik.

Semoga brother Akmal saleh diberi kemenangan, dikurniakan kesihatan dan kebahagian dunia dan akhirat,” katanya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini