Baik Mohamad Sabu atau Salahuddin Ayub atau Datuk Mujahid Yusof Rawa mana-mana pemimpin PAN diam seribu bahasa seolah-olah bersetuju dengan sikap lantang DAP yang mengkritik tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membekukan lesen penjualan arak.
Baru-baru ini, seorang pemimpin DAP yang juga ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu memuatnaik satu hantaran di Facebook yang mempersoalkan tindakan DBKL.
Malah ada pelik ketika PAN, yang sebelum ini mendesak pengharaman penjualan arak hanya diam seribu bahasa apabila DAP mengkritik isu yang sama.
“Tetapi kalau kita lihat ia (DAP) melenting begitu teruk dan saya mengharapkan supaya rakyat dapat menilai sikap dan wajah DAP yang didokong kuat oleh parti PAN yang merupakan anak butir mereka ataupun belaan mereka.
“Kita lihat komen-komen pemimpin PAN pada asalnya (mendesak)supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengharamkan arak tetapi lihatlah hanya disebabkan bekukan lesen sahaja DAP telah melenting dan pemimpin PAN ini diam seribu bahasa inilah sikap mereka,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.
Selasa lalu, DBKL mengumumkan pembekuan lesen penjualan minuman keras susulan peningkatan kes kemalangan maut membabitkan pengguna jalan raya.
Tindakan itu juga selari dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang mencadangkan kerajaan membekukan penjualan lesen arak.
Susulan tindakan DBKL itu, Ronnie membuat hantara di Facebook mempersoalkan keperluan pembekuan penjualan arak, dengan mendakwa langkah itu ‘tidak disukai’ oleh mereka yang bukan beragama Islam malah mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik balik arahan berkenaan.
Ujarnya juga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengambil langkah yang sama seperti DBKL.