Gambar Pakaian Dan Kasut Berkulat Kerana Perniagaan Ditutup Semasa PKP Tular Di Media Sosial

Tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan barangan kulit dan pakaian mengalami kerosakan teruk dan berkulat selepas premis terbabit tidak dibenarkan operasi sepanjang PKP.

Dan memetik laporan Harian Metro, Sebuah pasaraya di Sabah telahpun  mengesahkan gambar tular memperlihatkan kerosakan pada barangan kulit serta pakaian di cawangan pasaraya berkenaan di Sabah itu.

Pengendali gedung beli-belah itu, mengakui berlaku kerosakan pada sebahagian barangan jualan mereka namun kesal dengan penyebaran gambar terbabit yang sepatutnya untuk kegunaan siasatan dalaman sahaja.

Ketua Pemasaran itu berkata, ada pelbagai sebab mengakibatkan barangan di premis berkenaan dalam keadaan seperti itu, namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Beliau berkata, semua barangan yang rosak sudah dikeluarkan daripada rak pameran dan digantikan dengan stok baharu.

“Kami menutup operasi selama hampir dua bulan sejak 18 Mac lalu sesuai dengan arahan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mengambil langkah pencegahan yang diperlukan mengikut panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memberi jaminan pelanggan boleh membeli-belah dengan selamat di premis terbabit,” katanya lapor portal itu lagi.

BBerkaitan

Latest articles