Pak Wan yakin PN menang tiga kerusi di Alor Gajah

Alor Gajah – Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof atau dikenali Pak Wan yakin partinya mampu menawan 3 kerusi Dun Di dalam Parlimen Alor Gajah.

Katanya kawasan yang dimaksudkan ialah iaitu DUN Rembia, DUN Asahan dan DUN Macap yang terletak di dalam Parlimen Alor Gajah itu.

“Saya boleh meramalkan di Alor Gajah, kita akan mendapat kemenangan tiga kerusi DUN. Ini bukan spekulasi tapi atas dapatkan data tapi terpulang kepada hari mengundi berapa ramai yang keluar mengundi oleh kerana kita menyantuni masyarakat Alor Gajah dan ramai yang tertarik.

“Semalam, ada ratusan orang UMNO akan berhijrah kepada PN dan mereka akan serahkan borang keahlian kerana ada rakyat yang sudah memahami perjuangan kita,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan Ahli Parlimen Alor Gajah hari ini.

Hadir sama tiga calon PN bagi DUN Rembia, Zamzuri Arifin; DUN Machap Jaya, Tai Siong Jiul dan DUN Asahan, B. Dhanesh.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan khabar angin mengatakan dirinya akan keluar Bersatu.

Beliau berkata, dirinya bersikap terbuka dan akur apabila tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya hendak menindakkan ada ura-ura mengatakan nak keluar parti, itu tidak benar cuma digembar-gemburkan pihak tertentu.

Secara khusus saya tetap dalam saf Bersatu.

“Dalam politik ini kita kena ikut keputusan parti. Kita kena akur keputusan, sedikit sebanyak mungkin berkecil hati,’” katanya

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, walaupun tidak dicalonkan namun akan tetap membantu gerak kerja tiga calon parlimen itu untuk memenangi PRN nanti.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini