Pak Wan Masih Dikuarantin, Nafi Anjur Sidang Media – Pejabat Menteri

Selepas Menteri Wanita dan Keluarga , Pejabat Menteri Tugas-Tugas khas pula turut menafikan akan melakukan satu sidang akhbar hari ini.

Melalui kenyataan Media sebentar tadi Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas) berkata kementeriannya itu mengambil serius terhadap penularan berita mengenai satu sidang akhbar Khas di Ibu Pejabat Parti Pribumi Malaysia(PPBM) yang telah diaturkan oleh Pejabat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

RINA HARUN NAFI KELUAR BERSATU

” Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak pejabat Menteri kerana Yb Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin”

KEAHLIAN TUN M TERHENTI SECARA UNDANG-UNDANG BUKAN DIPECAT – HAMZAH ZAINUDDIN

Sebelum ini tular satu surat jemputan kepada  warga media mengenai anjuran satu media oleh Yb Menteri Tugas-tugas khas dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya pada jam 5 petang hari ini.

Sidang media berkenaan dipercayai dibuat susulan tindakan Bersatu menamatkan keahlian 5 Ahli Parlimen Bersatu semalam di mana Tun Mahathir kini bukan lagi ahli parti berkenaan. TRI

BBerkaitan

Latest articles