Pahang Dan Pusat Berkongsi Pengalaman Dalam Program Pemerkasaan Komuniti

Susulan langkah kerajaan untuk memperkasakan SOP pemerkasaan komuniti dalam Program Pengurangan Risiko Penularan Jangkitan Covid-19 Menteri Kesihatan Bersama Menteri Besar Pahang bertemu hari ini untuk memastikan segala input dapat digunakan di antara Kerajaan Pusat dan Negeri di dalam usaha mengawal penularan Covid-19.

Lawatan yang bertujuan untuk memastikan segala SOP yang akan digunapakai untuk mendidik masyarakat seperti yang ditetapkan dapat dipatuhi dan sekali gus meringankan beban petugas barisan hadapan dapat diperbincangkan bersama.

Persiapan KKM dan Kerajaan Negeri untuk pelan selepas tempoh PKPB  di mana akan lebih banyak sektor industri akan dibenarkan beroperasi serta pembukaan sektor kerajaan, agama, sekolah serta Institut Pengajian Tinggi selepas ini.

Turut bersama Dato’ Seri Dr Adham Baba itu adalah rombongan dari Kementerian Kesihatan Datuk Dr. Hj. Rohaizat Bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Hishamshah Bin Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Dato’ Dr. Norhizan bin Ismail, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan Dr Norhayati binti Rusli, Pengarah Kawalan Penyakit.

Selain itu, sesi taklimat turut dihadiri oleh YB. Encik Abd Rahim bin Muda, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang serta YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Menurut seorang pegawai kerajaan negeri, pelan menangani COVID-19 selepas PKPB akan banyak bergantung kepada komitmen masyarakat untuk mendidik keluarga sendiri, mengamal normal baharu dan memantau pematuhan SOP di sektor kedai-kedai, di rumah ibadah dan juga sekolah.

Jika ketua-ketua masyarakat, ajk masjid, NGO dan orang ramai tidak komited dalam hal ni, dibimbangi wabak COVID-19, denggi dan lain-lain penyakit akan menular kembali  katanya lagi.

Oleh itu Pemimpin komuniti perlu memperkasakan komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan COVID-19.

Sementara itu Pakar epidemiologi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Rodi Isa, memuji langkah kerajaan dalam melaksanakan SOP di dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan kini.

Menurutnya setiap SOP disertakan kerajaan dalam kelonggaran adalah sudah cukup baik dan memadai berikutan ia dilakukan selepas mengambil kira semua aspek termasuk perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ia SOP yang cukup baik dan kesannya sudah boleh dilihat melalui penurunan kes COVID-19 di negara ini dalam kalangan warga tempatan, malah sudah mencecah angka tunggal jika ditolak dengan kes warga asing dan kes import.

“Tinggal sahaja masyarakat itu yang kelakuan dan tabiat mereka boleh mempengaruhi trend terkini COVID-19. Kerajaan sudah membuat sehabis baik dan kini peranan harus dimainkan masyarakat untuk memperkasakan komuniti.

“Kita tidak boleh menghentikan SOP, sebaliknya ia akan tetap ada walaupun selepas perintah kawalan ditamatkan kerana norma kehidupan sudah berubah, justeru kita tetap kena hidup bersama SOP,” katanya lagi.

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles