Padah Sebabkan Kematian Rakan, Dua Remaja Diperintah Cuci Tandas, Bon

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah atas tuduhan membakar tandas awam gelanggang futsal sehingga menyebabkan kematian rakan mereka tahun lalu.

Mahkamah Majistret Kuala Selangor menjatuhkan hukuman iaitu mencuci tandas selama 100 jam terhadap kedua-dua remaja itu.

Majistret Siti Hajar Ali menyifatkan hukuman yang diberikan bersifat khidmat masyarakat.

Selain itu, mereka juga dikenakan bon berkelakuan baik RM1,000 selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sepanjang tempoh itu.

“Kamu tidak boleh keluar rumah bersendirian bermula 8 malam hingga 6 pagi, kecuali ditemani ibu bapa masing-masing, selain kena hadir bengkel dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya memetik Harian Metro.

Untuk rekod, dua remaja berkenaan didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan terhadap tandas awam gelanggang futsal di Jalan Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam Fasa 3 kira-kira 2.47 petang 28 Ogos 2022.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sementara itu, JKM mengemukakan laporan akhlak dua remaja itu dan dua syor, termasuk berkelakuan baik.

Dua penasihat awam, termasuk seorang guru yang memberi pernyataan dalam galeri mahkamah menegur perbuatan mereka merosakkan harta awam.

Media sebelum ini melaporkan seorang rakan tertuduh maut kerana terperangkap dalam tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3 disebabkan tindakan dua remaja itu bermain api.

Mangsa berusia 16 tahun ditemui rentung selepas kebakaran tandas itu dipadamkan pasukan bomba.

BBerkaitan

Latest articles