P2 Biotech Sambut Baik Kenyataan Zahid Mengenai Industri Getah

KUALA LUMPUR — P2 Biotech, peneraju inovasi teknologi pertanian, menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk revolusi teknologi dalam industri getah.

Semasa Konvensyen Pegawai RISDA 2025. Timbalan Perdana Menteri menggesa penerapan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, dan inovasi pertanian pintar.

“Seruan beliau untuk selaras dengan visi P2Biotech untuk memodenkan sektor ini, memperkasakan pekebun kecil, dan menarik minat generasi muda kepada industri penting ini,” kata syarikat terbabit dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut P2 Biotech mereka kini memperkenalkan inovasi terkini iaitu P2 Tap.

P2 Tap merupakan sistem penorehan getah canggih merevolusikan proses tradisional dengan memaksimumkan hasil lateks, mengurangkan keperluan tenaga kerja, dan membolehkan operasi penorehan dilakukan dalam semua keadaan cuaca, hujan atau panas.

“P2 Tap bukan sekadar inovasi sebaliknya ia adalah perubahan besar untuk industri getah,” kata Mohd Hazim Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech.

“Dengan menggabungkan automasi dan teknologi pintar, P2 Tap bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga menjadikan pertanian getah pilihan kerjaya yang menarik untuk generasi muda.

Ini seiring dengan visi Timbalan Perdana Menteri untuk memastikan kelestarian dan daya
saing sektor getah.”

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut menekankan keperluan mendesak untuk menangani isu penuaan dalam kalangan pekebun kecil getah, dengan purata umur mereka kini mencecah 61 tahun, serta menggalakkan penglibatan golongan muda.

Dalam hal ini, P2 Biotech percaya bahawa kemajuan teknologi seperti P2 Tap menyediakan
platform yang sempurna untuk mencetuskan minat dalam kalangan usahawan muda.

Dengan reka bentuk yang mesra pengguna dan ciri-ciri yang berorientasikan kecekapan, P2 Tap
mencerminkan kemajuan teknologi yang mampu meremajakan industri ini.

P2 Biotech juga komited untuk bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk RISDA dan KESEDAR bagi menyokong inisiatif kerajaan.

Mohd Hazim menyatakan, “Kami bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakaran kami untuk
memperkasakan pekebun kecil dan memodenkan industri getah. Bersama-sama, kita dapatmelonjakkan industri getah ke peringkat global.

Dengan menggabungkan inovasi seperti ladang getah berteknologi IoT, teknologi dron, dan akses langsung ke pasaran global melalui e-dagang, industri ini mampu memperoleh kelebihan daya saing di arena antarabangsa.

BBerkaitan

Latest articles