Osman Sekali Lagi Hadir Ke Acara Pejuang, DUN Johor Dalam ‘Bahaya’?

Selepas didakwa membantu kempen calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini, bekas menteri besar Johor, Datuk Osman Sapian sekali lagi dikaitkan dengan parti baru yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Terbaru, Osman dilihat hadir malah dilihat berdiri di hadapan ramai orang seperti sedang berucap, bergambar dan menyertai majlis makan malam bersama pemimpin dan ahli-ahli Pejuang.

Gambar itu dikongsikan oleh setiausaha politik Dr Mahathir, Abu Bakar Yahya menerusi sebuah majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini.

Osman juga dilihat melaungkan slogan ‘Hidup Pejuang!’.

Kami bersama ramai-ramai melaungkan: Hidup Pejuang, hidup Pejuang, hidup Pejuang!

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.

“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

Memetik laporan Malaysiakini, Osman memaklumkan dirinya belum meninggalkan Bersatu dan menyertai Pejuang.

Pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),

Jika Osman mengalihkan sokongan kepada pembangkang, DUN Johor boleh tergantung.

Beberapa hari lalu, Bersatu, menerusi Pengerusi Lembaga Disiplin, Megat Najmuddin Megas Khas berkata akan memanggil Osman untuk memberikan penjelasan berhubung penglibatannya dalam kempen Pejuang.

Ujarnya keahlian Osman secara automatik terbatal jika terbukti beliau bertindak sedemikian.

Bagaimanapun keahlian Osman di dalam Bersatu dipercayai gugur serta-merta mengikut Perlembagaan Bersatu, Fasal 10.2.3.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini