More

    Orang Yang Telah Hilang Jawatan Dalam PPBM Jadi Makin Celaru

    Celaru dan menyusahkan parti. Sudah ada Setiausaha Agung yang sah, bekas Setiausaha Agung tidak perlu lagi sibuk dan campur tangan.

    Mereka ini baru hilang jawatan. Mereka bertubi-tubi mengeluarkan kenyataan berkenaan kedudukan parti dan keadaan semasa bersama Pakatan Harapan (PH).

    Datuk Marzuki Yahya, masih mendakwa masih memegang jawatan Setiausaha Agung PPBM mengulas berkenaan kandungan mesyuarat parti yang berlangsung pada 23 dan 24 Februari lalu yang ada kaitan dengan kemelut terkini PPBM.

    Untuk rekod, jawatan Setiausaha Agung PPBM kini secara rasmi dipegang oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri.

    Marzuki, dalam kenyataannya kepada Malaysiakini memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad masih mendapat kepercayaan penuh untuk membuat keputusan.

    Malah mesyuarat itu juga, katanya tidak memutuskan sama ada PPBM keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) seperti yang disebut beberapa pemimpin parti itu.

    “Selaku setiausaha agung Bersatu saya ingin menegaskan hanya dua perkara yang amat jelas diputuskan dalam mesyuarat terakhir MPT sebagai badan eksekutif tertinggi Bersatu pada 24 Februari lalu.

    “Yakni, sebulat suara menolak peletakan jawatan Dr mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan sebulat suara menamakan Mahathir sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri.

    “Mesyuarat MPT yang bermesyuarat pada 23 Februari juga ingin saya ulangi bahawa tiada keputusan secara rasmi untuk Bersatu keluar PH, walaupun perkara tersebut dibahaskan.

    “Tetapi pada akhirnya keputusan sebulat suara memberi kepercayaan penuh kepada Dr Mahathir selaku pengerusi parti untuk membuat keputusan,” katanya.

    Marzuki juga mendakwa tidak ada sebarang keputusan bahawa PPBM akan meninggalkan PH seperti yang didakwa.

    Semalam Ketua Penerangan PPBM, Senator Dr Mohd Radzi Jidin memberi amaran mana-mana ahli parti yang membelakangkan keputusan parti dan menjalin kerjasama dengan parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti adalah tergugur keahlian secara serta-merta.

    Radzi semalam merujuk Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu yang menyatakan keahlian anggota Bersatu gugur serta merta sekiranya “menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain”.

    Malah semakan di Facebook rasmi PPBM juga mendapati kenyataan Mohd Radzi telah digugurkan dan diganti dengan kenyataan terbaru Marzuki.

    Ahli-ahli PPBM kena akur dengan keputusan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PPBM yang sah bukannya yang telah tiada apa-apa jawatan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini