Orang Segamat Tahu Bagaimana Kehebatan BN

SEGAMAT: Rakyat di Parlimen Segamat diingatkan agar fikir sebaik-baiknya sebelum membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Segamat, Tan Sri Ramasamy Muthusamy berkata rakyat diharap tidak membuang undi dahulu baru menilai kemudian sekali gus memberi impak negatif.

Katanya hanya penduduk setempat yang mampu menilai mengenai sentuhan BN di Parlimen Segamat bahkan selama ini BN tidak pernah membuat janji manis ibarat melepaskan batuk di tangga seperti mana parti lain.

Menurutnya beliau menyaksikan sendiri banyak kawasan di sekitar Segamat yang dahulunya terbiar sudah berubah wajah kesan kepimpinan BN terdahulu.

Tambahnya kawasan yang dahulunya kurang bernilai tinggi sudah bertukar menjadi aset perumahan dan industri di Parlimen itu.

PRU14 menyaksikan Parlimen Segamat dimenangi calon PKR selepas calon BN ketika itu Datuk Seri S.Subramaniam tewas dalam tsunami politik yang melanda negara.

BBerkaitan

Latest articles