Orang Ramai Diajak Beri Cadangan Penggubalan Rang Undang-Undang Kurangkan Kesan Covid-19

Kerajaan mengajak orang ramai untuk memberi cadangan untuk satu penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesen Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penggubalan undang-undang itu adalah satu komitmen dari kerajaan untuk mengurangkan kesan penularan wabak Covid-19 yang memberi akibat yang besar kepada ekonomi dan sosial kepada rakyat dan industri.

“Selari dengan keputusan Mesyuarat Penggubalan RUU Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 pada 28 Mei lalu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) selaku penyelaras langkah penggubalan ini telah menyediakan pautan bagi sesiapa yang mempunyai saranan atau cadangan untuk RUU tersebut.

BACA JUGA – Tun M Sokong Keluar PH Dan Tinggalkan DAP, Tetapi Ubah Fikiran

“Perlu diingatkan, segala cadangan untuk dimasukkan dalam RUU ini hendaklah berbangkit daripada kesan penularan wabak COVID-19 dan mempunyai impak terhadap perniagaan, firma termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kesemua pemegang taruh termasuk organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu dan pihak berkepentingan boleh berbuat demikian menerusi http://www.bheuu.gov.my/index.php/ruu-covid19 bagi tindakan seterusnya sebelum atau pada 5 Jun ini.

Negara ketika ini sedang berada dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ada beberapa larangan yang dikenakan kepada orang ramai untuk menghalang wabak ini terus merebak dengan lebih teruk dalam kalangan rakyat.

Satu masa nanti PKPB perlu ditamatkan dan negara memerlukan satu bentuk undang-undang untuk terus dikuatkuasaka untuk memastikan prosedur operasi standard terus dipatuhi dan juga aspek penjarakan sosial terus diamalkan untuk memastikan di dalam negara tidak berlaku kembali peningkatan mendadak. – TRI

BBerkaitan

Latest articles