Orang Muda PKR Tolak Calonkan Dr Mahathir Jadi Perdana Menteri Sekali Lagi

Pemuda parti PKR menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan (PH) sekali lagi kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pemudanya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, beliau percaya pendirian yang beliau ambil mewakili suara akar umbi PKR dan penyokong PH.

Akmal Nasrullah menyatakan sedemikian sebagai membalas pandangan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa DAP bersedia menyokong Dr Mahathir sekali lagi sebagai Perdana Menteri.

“Maaf, saya dan rakan-rakan Angkatan Muda Keadilan tidak bersetuju.

“Saya percaya pendirian kami ini mewakili suara akar umbi KEADILAN dan pendokong Pakatan Harapan (PH).

“Memang benar, jika dibiarkan Perikatan Nasional berkuasa, maka keadaan akan terus bertambah mudarat. Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘lesser of two evils’,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook semalam.

Beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai bahawa kejatuhan kerajaan PH selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 selama 22 bulan ialah angkara Dr Mahathir.

BACA JUGA – Mahkamah Tolak Tuntutan Keahlian Jawatan Tun M Dan 5 Yang Lain Dalam Bersatu

“Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya perdana menteri ketika itu (Dr Mahathir) tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH,” katanya.

Sementara itu, Majlis Kepimpinan Pusat PKR mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara hari ini menyatakan mesyuarat bulanan parti itu esok akan memuktamadkan pendirian parti berhubung jawatan Perdana Menteri.

BBerkaitan

Latest articles