Ops Luxury: 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ, Termasuk Ferrari dan Rolls-Royce

KUALA LUMPUR — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita sebanyak 101 kenderaan mewah sepanjang operasi khas Ops Luxury yang dijalankan di seluruh negara sepanjang bulan Jun.

Antara model berprofil tinggi yang disita termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayenne, Mercedes-Benz, BMW 530E, Lotus Elise S, serta MPV mewah Toyota Alphard dan Vellfire.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata kebanyakan kesalahan melibatkan lesen kenderaan tamat tempoh, Tiada perlindungan insuran sah, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, penggunaan combor casis palsu serta penyalahgunaan trade plate.

Tambahnya “Pemilikan kenderaan mewah bukan lesen untuk mengabaikan undang-undang jalan raya,” tegas beliau dalam sidang media di JPJ WPKL, sambil disertai Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Tambah beliau lagi, Daripada 101 kenderaan mewah yang disita di seluruh negara itu, sebanyak tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu WPKL (17), Selangor (17) dan Pulau Pinang (14).

Aedy berkata, kesemua kenderaan mewah terbabit kini ditahan di depoh simpanan JPJ untuk siasatan dan telah disita untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan-peraturan berkaitan.

“Pelaksanaan Ops Luxury ini memberi isyarat jelas bahawa JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Aedy turut mengingatkan pemilik kenderaan agar sentiasa memastikan semua dokumen sah dan dikemaskini. Beliau menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau emel [email protected].

“Ops Luxury akan diteruskan secara berkala sebagai langkah tegas memastikan hanya kenderaan sah dan selamat berada di jalan raya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles