Operasi Besar-Besaran Dilancar, Tiga Mangsa Terjatuh Dalam Laut Di Pulau Pinang Dalam Tempoh 24 Jam

GEORGETOWN: Dalam tempoh kurang 24 jam, tiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa digerakkan serentak selepas tiga lelaki dilaporkan terjatuh ke laut dalam tiga insiden berasingan di Jambatan Pulau Pinang dan Dermaga Dalam, Butterworth.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata insiden pertama berlaku sekitar jam 1.41 tengah hari semalam apabila seorang lelaki dipercayai terjatuh ke laut berhampiran Dermaga Dalam.

Pasukan bomba dari BBP Butterworth bersama bantuan BBP Bagan Jermal segera digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pencarian.

Pada malam yang sama, insiden kedua tercetus kira-kira jam 8.22 malam di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang arah Perai apabila seorang lelaki bersenjatakan objek tajam dilaporkan terjun bersama sebuah motosikal Yamaha LC V8, dengan telefon bimbit turut dijumpai di lokasi.

Belum reda insiden itu, kejadian ketiga pula dikesan menerusi rakaman CCTV PLUS pada jam 3.30 pagi tadi di lokasi sama, apabila seorang lagi lelaki dilihat meninggalkan barang peribadi sebelum terjatuh ke laut.

Setakat ini, ketiga-tiga mangsa masih belum ditemui.

Operasi SAR diteruskan melalui kaedah pencarian permukaan air dengan pembahagian sektor melibatkan polis, Maritim Malaysia, APM dan Pasukan Bomba Sukarela.

BBerkaitan

Latest articles