OldTown Nafi Hidangan Mengandungi Daging Babi

Rangkaian restauran OldTown White Coffee menafikan khabar angin serta dakwaan bahawa produk-produk di premis makanan itu mengandungi daging babi.

Menerusi satu kenytaan, Oldtown White Coffee juga menegaskan tuduhan dalam video yang tular di sosial media itu juga sama sekali tidak benar.

“Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua premis kami telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada pihak berkuasa sejak 2010.

“Perniagaan kami amat mengambil serius tentang peraturan serta persijilan Halal dan memastikan semua bahawa bahan di dalam makanan dan minuman tidak menganungi daging babi atau elemen tidak halal,” kata pengurusan premis tersebut.

Kata kenyataan itu lagi, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah datang ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan berkaitan tuduhan tersebut dan telah mengesahkan bahawa ia tidak benar.

Mereka juga menggesa pengguna diminta merujuk kenyataan Jakim yang telah mengesahkan bahawa tuduhan tersebut palsu.

Sementara itu, kataya, sijil halal OldTown White Coffee pula boleh didapati di Portal Rasmi Halal Malaysia.

OldTown juga menggesa orang ramai supaya berhenti daripada menyebarkan berita palsu dan pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan tersebut.

Semalam KPDNHEP Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 Nov ini.

“Menurut pengurus restoran itu, beliau mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak.

“Pemeriksaan lanjut ke bahagian dapur restoran menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan. Bahan mentah utama iaitu daging disyaki daging ayam disita, bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar,” katanya. – MalaysiaGazette

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...

Kerajaan Benarkan Kedai Cermin Mata Dan Dobi Layan Diri Beroperasi Ketika PKP

Kerajaan sudah memperhalusi bahawa ada keperluan untuk membuka kedai cermin mata dan dobi layan diri dalam kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk...