Baru-baru ini, keadaan kedua belah mata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi tanda tanya ramai pihak termasuk warga maya apabila dilihat sering memakai kaca mata hitam di beberapa acara.
Bukan itu sahaja, turut menjadi tanda tanya apabila mata beliau dilihat berbeza dari kebiasaan selepas tidak lagi mengenakan kaca mata.
Peka dengan isu tersebut, anak sulung Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah tampil menjelaskan keadaan mata bapanya yang lebam dan bengkak itu adalah kerana beliau baru menjalani pembedahan mata.
Menerusi ruangan komen di laman Instagram, dia mendedahkan bapanya terpaksa melakukan pembedahan kerana saraf pada bahagian mata tidak berfungsi.
Jelasnya, pemimpin itu sedang dalam proses pemulihan daripada pembedahan itu.
“Iya saraf mata dia tak berfungsi.. Itu mata dia jadi jatuh.
“Buat muka buat apa bukan ‘superstar’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kenalah buat sesuatu. Tapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” katanya membalas pertanyaan salah seorang pengikut laman sosialnya, pada Selasa.
Di ruangan komen berbeza, Nurulhidayah turut memaklumkan sebagai ahli politik dan menggalas tanggungjawab besar dalam pentadbiran kerajaan, bapanya tidak mengambil cuti lama selepas menjalani pembedahan.
“Jadi orang politik dan pekerja kerajaan mana boleh cuti lama. Mengeluh pun tak boleh. Tanggungjawab besar.
“Selain dia pikul tanggungjawab yang diamanahkan, kerja dia sahaja memang amanah dari Allah. Jadi, kena la kuat,” ujar Nurul.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan bercuti selama dua minggu.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian membuat ‘kemunculan’ dengan berkaca mata hitam ketika merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di ibu negara pada 26 Jun lalu.
Beberapa hari selepas itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi mengenakan kaca mata, dan menampakkan keadaan matanya yang lebam.
Penjelasan Pakar
Sementara itu, seorang pakar kesihatan yang dihubungi TRI menyatakan bahawa ianya berkaitan kelopak mata terkulai atau eyelid.
katanya masalah yang disebabkan oleh kelopak mata yang terkulai itu disebebabkan beberapa keadaan, seperti kelopak mata terkulai, secara beransur-ansur boleh mengganggu penglihatan anda.
Kelopak mata yang terkulai bukan sahaja membuatkan anda kelihatan sedih atau letih, ia juga boleh mengehadkan bidang penglihatan anda.
Terdapat dua keadaan mata yang boleh menyebabkan kelopak mata anda terkulai dan mengurangkan penglihatan anda: dermatochalasis dan ptosis.
Bagi memudahkan rakyat faham, beliau turut memberikan link berkaitan masalah kelpoak mata itu dengan satu journal perubatan yang boleh dilayari melalui pautan berkenaan.
https://www.medicalnewstoday.com/articles/323386
tambahnya lagi, Tindakan pihak pro Pembangkang menjadikannya sebagai isu mengejek Timbalan Perdana Menteri adalah tidak wajar sekali.
Ia rawatan yang bukan untuk kecantikan tetapi satu keperluan demi memastikan penglihatan yang lebih baik diperolehi selepas proses pembedahan dijalankan.
Kita perlu mengutuk tindakan mereka ini dan meminta permohonan maaf dilakukan segera oleh pihak terbabit kerana telah menjadikan isu kesihatan sebagai bahan lawak jenaka di media sosial katanya.