Nurul Hidayah Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

KUALA LUMPUR: Datuk Nurul Hidayah, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilantik menganggotai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut surat pelantikan yang ditandatangani Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Nurul mula berkhidmat dari 2 Jan 2025 hingga 1 Jan 2028.

Pelantikan Nurul itu dibuat berdasarkan “komposisi berpengetahuan dan berpengalaman” mengikut Subseksyen 18(1) perlembagaan UPM.

Nurul turut berkongsi foto graduasinya di Instagram, dengan keterangan: “Alma mater. UPM 1999–2002. Bismillah.”

Dalam story Instagram, dia menambah:”Sireh pulang ke gagang. Berilmu berbakti. Alma mater. Bismillah”.

BBerkaitan

Latest articles