KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkenaan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari sebuah unit apartmen Bangi Idaman, Bandar Baru Bangi, Selangor sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kehilangan Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham dilaporkan pada pukul 2.20 petang sehari kemudian.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat kira-kira 70 kilogram, berbadan gempal dan berambut panjang.
“Pakaian terakhir dilihat yang dipakai oleh remaja itu berbaju kemeja-T warna coklat.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665,” katanya satu kenyataan, hari ini.