Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana Diaktifkan

KUALA LUMPUR: Susulan amaran cuaca berterusan buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), tengah hari tadi, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) telah bertindak segera dengan mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana.

Memetik kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kesemua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta mempertingkat tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana yang akan berlaku, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Dalam masa yang sama, jawatankuasa terbabit juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas, manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan notis ini ke peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Menerusi kenyataan yang sama, NADMA menjelaskan METMalaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memberi pemakluman awal yang dikemas kini dari semasa ke semasa supaya semua PKOB dapat bersiap siaga.

BBerkaitan

Latest articles